Saturday, June 2, 2007

360

360

Z.A. Brunei


360 waktu berputar menghala pelbagai jumlah
sekian satu berhala tumbang dimamah taubah
raudah yang dihampar meranap pecah keliling kaabah
salam rasul junjungan menyukat rukyah
sudut hitam terkikis sebutan lidah makrifatullah

benar, yang agung latta dan uzza musnah
serpihan menjadi lahapan tanah
dipijak dalam langkah muhasabah
bahawa Allah ada di depan wajah
di mana pun kau menadah

360 darjah pusingan alam gundah
metropolitan menyelinap bak cahaya ghairah
bangunan mencakar langit membelah
bumi disodor pancang bukit ditarah
laut ditambak jalan pantai bertambah

benar, teknologi tamadun cepat berubah
akal semakin pintar tanpa logik disanggah
di mana ada daulah orang tua tiada tulah
malam siang serupa tiada berbalah
kerana waktu tiada sempat berjumlah

360 sumbu menanti ledakan puah
kembali berhala menongkah bicara resah
ketika lalai dari menungkup sejadah
tiada tersebut mulut akan syahadah
ibadah semakin longgar dijelas upah

benar, kuasa penjajah surah beralih perintah
tapi kaupandang dirimu tiada bersudah
360 jumlah kauatur langkah muhibah
tiada satu lepas daripada darjah ibadah
bila berhala di hatimu kaumusnah



190507; 0240

No comments: