Monday, December 22, 2008

Malam Pertukaran Budaya Muzik Tradisional dan Moden

Jumaat malam 19 Disember 2008, Kompleks Utama Kedai Bumiputera Pekan Bangar tiba-tiba bingar dengan alunan muzik tradisonal dan moden yang dipersembahkan oleh Gabungan Gulintangan Brunei (Kumpulan Irama Bahtera, Canang 9 dan Warisan) dan Persatuan Lun Bawang Murut Brunei. Cita-cita besar yang dimiliki oleh pemuzik muda cukup menguji daya keseronokan seni setiap yang hadir. Ini merupakan pelantar yang baik untuk mengambangkan seni muzik tanahair terutamanya yang berasaskan muzik tradisional. Bakat-bakat yang diserlahkan cukup meyakinkan kelangsungan warisan muzik tradisi. Kepada semua yang terlibat, bersedialah dengan tanggungjawab yang lebih besar pada hari berikutnya. Tahun 2009 pasti menunggu karya terbaharu biskita. Syabas kepada Pg Yusof selaku Pengerusi Kumpulan dan pengarah muzik Ubai, Yazid, Jihan dan yang lain.

1 comment:

Maya Balqis said...

hi, salam, boleh saya tahu mengenai dengan Persatuan Lun Bawang Murut Brunei? Dan juga boleh minta nombor hp / alamat untuk dhubungi jika ada. Tq